Wednesday, January 17, 2018

Kelebihan Surah-Surah Dalam Al-Quran







Assalamualaikum dan Salam Mesra | Berikut kami kongsikan secara huraian ringkas serba sedikit penerangan tentang kelebihan surah – surah dalam AL – QURAN seperti mana yang tertera di bawah.
SURAH AL-BARAAH – AT-TAUBAH – Pemutus perhubungan
  • Barang siapa membacanya, nescaya akan terselamat dari kemunafiqan dan akan mencapai hakikat iman.
  • Barang siapa membaca ayat 111 dari surah ini, di kedai atau ditempat – tempat perniagaan, nescaya akan maju perniagaannya itu.
  • Ayat pelembut hati untuk berjumpa orang yang dihajati .Hendaklah membaca surah al-taubah ayat 128 – 129 semasa berjumpa.
SURAH YUNUS – Yunus
  • Barang siapa membaca ayat 31 dari surah ini, ke atas perempuan yang hamil, nescaya ia melahirkan anak dalam kandungannya itu dengan selamat.
  • Barang siapa membaca ayat 64 dari surah ini, nescaya ia akan terhindar dari mimpi – mimpi yang buruk dan mengigau.
SURAH AL-HUD – Hud
  • Barang siapa membaca, nescaya ia akan mendapat kekuatan dan kehebatan serta ketenangan dan ketenteraman jiwa.
  • Barang siapa membaca ayat 56 dari surah ini, pada setiap masa, nescaya ia akan terselamat dari gangguan manusia yang jahat dan binatang yang liar.
  • Barang siapa membaca ayat112 dari surah ini, sebanyak 11 kali selepas tiap – tiap sembahyang, nescaya akan mencapai ketetapan hati.
SURAH YUSUF – Yusuf 
  • Barang siapa membacanya, akan dimurahkan rezekinya dan diberikan kemuliaan kepadanya.
  • Barang siapa membaca ayat 64 dari surah ini, ia akan terhindar dari kepahitan dan kesukaran hidup. – Barang siapa membaca ayat 68 dari surah ini, nescaya Allah akan mengurniakan kesolehan kepada anak – anaknya.
SURAH AR-RA’D – Petir
  • Barang siapa membaca ayat 13 dari surah ini, ia akan terselamat dari petir.
  • Barangsiapa membaca ayat 28 dari surah ini, nescaya penyakit jantungnya akan sembuh.
SURAH IBRAHIM – Ibrahim
  • Barang siapa membaca ayat – ayat 32 hingga 34 dari surah ini, nescaya anak – anaknya akan terhindar dari perbuatan – perbuatan syirik dan bida’ah.
SURAH AL-HIJ’R – Batu Gunung
  • Barang siapa membaca 3 ayat yang terakhir dari surah ini, ke atas perempuan yang selalu anak kandungannya gugur, nescaya anak kandungannya itu akan terselamat, dari gugurnya.
SURAH BANI ISRAIL – Anak-anak Israil
  • Barang siapa membacanya ke atas air, lalu diberi minum kepada orang yang bercakap gagap insya Allah akan hilang gagapnya itu.
  • Barang siapa membaca ayat 80 dari surah ini, ketika ia pulang dari perjalanan, nescaya dia akan dimuliakan dan dihormati oleh orang – orang yang setempat dengannya.
SURAH AL-KAHF – Gua
  • Barang siapa membacanya akan terhindar dari kemiskinan dan kepapaan.
  • Barang siapa membacanya pada malam Jumaat, nescaya dia akan mendapat rezeki yang murah.
SURAH MARYAM – Maryam
  • Barang siapa membacanya, nescaya akan mendapat kejayaan di dunia dan di akhirat dan ibu-ibu yang hamil amalkan membaca surah ini mudah – mudahan akan dipermudahkan ketika melahirkan anak.
SURAH THAAHAA – Hai Manusia
  • Barang siapa membacanya, nescaya Allah akan mengurniakan kepadanya ilmu pengetahuan dan akan tercapai segala maksudnya.  Barang siapa membaca ayat – ayat 25 hingga 28 sebanyak 21 kali, tiap – tiap hari selepas sembahyang subuh nescaya otaknya akan cerdas dan akalnya akan sempurna.
  • Membuatkan anak tidak degil ,Hendaklah membaca surah Thaahaa Ayat 1 – 6 dan juga surah Al haji ayat 21 dibaca di atas permukaan air dalam gelas putih dan diminum oleh anak yang dimaksudkan.
  • Surah Thaahaa – Ayat 1-5 Anak- anak malas sekolah .
  • Surah Thaahaa – Ayat 39 – mula dari tanda Jim kecil .Supaya suami tidak kahwin lain.
SURAH AL ANBIYA – Nabi-Nabi
  • Barang siapa membaca ayat 83 dari surah ini, nescaya dia akan mendapat sebesar – besar pangkat di sisi Allah s.w.t .
  • Surah Al Anbiyaa’- Ayat 79. Anak – anak pandai belajar.
  • Surah Al Anbiyaa – Ayat 69, Surah Al Hasyr – Ayat 22 – 24. Anak – anak lembut hati/elak panas baran.
SURAH AL-HAJ – Haji
  • Barang siapa membacanya, Allah akan membinasakan musuh – musuhnya.
SURAH AL-MU’MINUN – Orang-orang Mukmin
  • Barang siapa membacanya ke atas air, lalu diberi minum kepada orang yang selalu minum minuman keras, nescaya dia tidak akan meminumnya lagi.
  • Barang siapa membaca ayat 28 dari surah ini, nescaya perahunya akan terselamat daripada karam dan rumahnya akan terselamat dari kecurian dan serangan musuh.
SURAH AN-NUR – Cahaya
  • Barang siapa membacanya, nescaya ia akan terhindar dari mimpi – mimpi yang buruk.
  • Barang siapa membaca ayat 35 dari surah ini, pada hari Jumaat sebelum sembahyang Asar, nescaya dia akan disegani oleh orang ramai.
  • Ayat penerang hati,Hendaklah sering membaca surah An Nur ayat 35 di pagi hari dan awal malam.
SURAH AL-FURQAN – Pembaca
  • Barang siapa membacanya sebanyak 3 kali ke atas air yang bersih, lalu air itu dipercikkan di dalam rumah, nescaya rumah itu akan terselamat dari gangguan binatang-binatang yang liar dan ular-ular yang bisa.
SURAH ASY-SYU A’RA – Ahli-ahli Syair
  • Barang siapa membaca ayat 130 dari surah ini, sebanyak 7 kali dengan senafas ke atas orang-orang yang digigit oleh binatang-binatang yang berbisa nescaya akan hilang bisa – bisa itu.
SURAH AN-NAML – Semut
  • Barang siapa membacanya nescaya nikmat-nikmat Allah akan kekal kepadanya.
SURAH AL-QA-SHASH – Cerita
  • Barang siapa membacanya ke atas pekerja – pekerjanya, nescaya mereka tidak akan mencuri dan mengkhianat.
  • Barang siapa membaca ayat – ayat 51 hingga 55 dari surah ini, nescaya otaknya akan cergas, akalnya akan sempurna dan budi pekertinya akan halus.
SURAH AL-ANKABUT – Labah-labah
  • Barang siapa membacanya, nescaya demamnya akan sembuh.
  • Barang siapa membacanya, nescaya ia akan terhindar dari gelisah dan keluh kesah.
SURAH AR-RUM – Rum
  • Barang siapa membacanya, nescaya Allah akan membinasakan orang yang hendak menzaliminya.
  • Surah Ar Ruum Ayat 31 – Baca 33x,Bagi anak-anak yang suka keluar malam.
SURAH LUQMAN – Luqman
  • Barang siapa membacanya, nescaya ia akan terhindar dari segala -gala penyakit terutama dari penyakit – penyakit perut.
  • Barang siapa membaca ayat 31 dari surah ini, nescaya akan terselamat dari bencana banjir.
SURAH AS-SAJ DAH – Sujud
  • Barang siapa membaca ayat-ayat 7 hingga 9 dari surah ini, ke atas kanak-kanak yang baru lahir, nescaya ia akan terhindar dari segala- gala penyakit ruhani dan jasmani.
SURAH AL-AHZAB – Golongan-golongan
  • Barang siapa membaca ayat-ayat 45 hingga 48 dari surah ini, nescaya ia akan mendapat kemuliaan dan kehormatan sejati.
  • Dan barang siapa membaca ayat-ayat 60 hingga 66 dari surah ini, nescaya Allah akan membinasakan musuh – musuhnya.
SURAH SABA 
  • Dengan membacanya, terselamatlah ia dari segala – gala bala bencana, terutamanya dari rosaknya tanam – tanaman.
SURAH FAATHIR – Pencipta
  • Barang siapa membaca ayat – ayat 29 dan 30, nescaya Allah akan memberkati perniagaannya.
SURAH YAASIIN – Hai Manusia
  • Nabi kita Muhammad s.a.w bersabda : “Tiap-tiap sesuatu Mempunyai hati dan hati Al-Quran ialah surah Yaasiin.” Yaasiin kerana Allah, nescaya akan terampun segala-gala dosanya kecuali dosa syirik..” Dalam satu hadith yang lain Baginda s.a.w bersabda: “Hendaklah kamu membaca surah Yaasiin ke atas pesakit-pesakitmu yang menghadapi sakaratul-maut, nescaya Allah s.w.t akan meringankan kekerasan sakaratul-maut itu.”
  • Dalam satu hadith yang lain pula Baginda s.a.w bersabda: “Aku ingin benar, agar surah Yaasiin ini dihafaz oleh tiap-tiap umat ku.” Barang siapa membacanya sebanyak 41 kali, pasti akan tercapai segala hajat dan cita-citanya.
  • Barang siapa membacanya sebanyak 21 kali pada malam Jumaat, Lalu berdoa istghfar untuk kedua ibu bapanya, nescaya dosa kedua ibu bapanya akan diampunkan oleh Tuhan.
  • Barang siapa membaca sekali ketika membuka kedai atau perniagaan, nescaya akan maju perniagaannya itu. Barang siapa membacanya sekali pada awal malam, andaikata ia mati pada malam itu, mesti ia mati syahid.
  • Barang siapa membacanya sekali selepas tiap-tiap sembahyang Jumaat, nescaya ia akan diselamatkan dari siksa kubur.
  • Jika dibacanya oleh seorang askar, ketika ia hendak turun kemedan peperangan, Allah akan mengurniakan kepadanya keberanian dan kegagahan, serta naiklah ketakutan pada musuh-musuhnya.
  • Hikmat-hikmat dan khasiat-khasiat surah Yaasiin ini banyak benar didapati di dalam kitab-kitab hadith tetapi cukuplah setakat ini untuk diamal oleh anda sekalian.
  • Menghilangkan rasa takut kerana gangguan syaitan.
  • Hendaklah membaca surah Yassin ayat 8 dan 9 berulang kali sehingga rasa gementar hilang.
SURAH ASH-SHAAFFAAT – Yang Berbaris
  • Barang siapa membacanya, insya Allah in akan terpelihara daripada gangguan jin.
SURAH SHAAD – Shaad
  • Dengan membaca ayat 42 dari surah ini, nescaya akan mendapat kebahagiaan sejati.
Demikianlah huraian serba ringkas coretan kelebihan surah – surah dalam Al – Quran ianya untuk pedoman serta rujukan buat kami sahaja .Jika ada yang terbaca coretan ini MAAF di pohon seandainya coretan ini kurang tepat atau tersasar dari maksud asal .Wassalam.

Sumber dari https://mdruzaidaud.blogspot.my/2014/06/kelebihan-surah-surah-dalam-al-quran.html
http://www.soyalemon.net/agama/kelebihan-surah-surah-dalam-al-quran/

SEMOGA BERMANFAAT




Friday, August 18, 2017

Bacalah Doa Ini Pagi & Petang Insya Allah Masalah Hutang Akan Selesai


Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh..
Segala puji bagi Allah, Rabb sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad SAW keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.



Sahabat yang di rahmati Allah..
Pada suatu hari Rasulullah SAW masuk ke masjid lalu terserempak seorang yang dipanggil Abu Umamah.
Rasulullah SAW bersabda kepadanya: “Wahai Abu Umamah, aku lihat engkau duduk di masjid bukan pada waktu solat, kenapa?”
Jawab Abu Umamah: “Dukacita dan hutang menyelubungiku, wahai Rasulullah!”
Jawab Rasulullah: “Mahukah kamu aku ajarkan suatu bacaan jika kamu membacanya Allah akan menghilangkan rasa dukacitamu dan melangsaikan hutangmu.”
Abu Umamah menjawab: “Ya, wahai Rasulullah.”
Baginda bersabda: “Apabila tiba waktu pada pagi dan petang bacalah: اللهم إني أعوذ بك من الهم والحزن… (Doa di bawah). Kata Abu Umamah: “Aku membaca doa tersebut, lalu Allah menghilangkan rasa dukacitaku dan melangsaikan hutangku.” (Riwayat Abu Daud daripada Abu Said al-Khudri).



Ya Allah, aku berlindung denganMu daripada dukacita dan rasa sedih; aku berlindung denganMu daripada lemah dan malas; aku berlindung denganMu daripada sifat pengecut dan bakhil; dan aku berlindung denganMu daripada bebanan hutang dan penindasan orang.”
Doa ini di baca 3 kali pagi dan 3 kali petang. Jika diamalkan secara istiqamah, insyaallah masalah hutang akan selesai. Doa ini juga terdapat dalam buku doa alma’surat. Boleh didapati di kedai-kedai buku. Amalkan dengan yakin. Saya telah mengamalkan doa ini, alhamdulillah sebahagian dari hutang saya telah selesai saya lunaskan.
Sekian sahaja yang dapat saya kongsikan, dipersilakan share.

Sumber: https://kataustaz.com/doa-pagi-petang-masalah-hutang/

Friday, August 11, 2017

Hebatnya Amalan Ini, Jika Diamalkan Setiap Hari Jumaat, Allah Ampunkan Dosa Sebanyak 80 Tahun


Rasulullah s.a.w. bersabda “Sesiapa yang berselawat ke atasku sebanyak 80 kali pada hari Jumaat, Allah swt akan mengampunkan dosanya sebanyak 80 tahun. Telah ditanya; Wahai Rasulullah s.a.w, Bagaimanakah selawat itu? Baginda menjawab “Allah humma salli ala muhammadin abdika wa nabiyyika wa rasulikan nabiyyil ummi” (Ya Allah, limpahkanlah rahmat kepada Sayidina Muhammad seorang hamba, Nabi dan utusanMu yang ummi”) [Al-Qawl al-Badee’; Al Muassah al-Rayyan; Takhreej Al-Ihya; Dar Al-Hadith)
Selawat pada hari Jumaat 80 kali boleh menghapuskan dosa. Rasulullah s.a.w. juga ada bersabda yang menyatakan:
Abu Hurairah r.a. meriwayatkan bahawa Rasulullah (SAW) bersabda “Sesiapa yang membaca selawat seperti ini sebanyak lapan puluh kali sejurus selepas sembahyang Asar pada Hari Jumaat, sebelum bangun dari tempat sembahyangnya, akan diampunkan dosanya sebanyak 80 tahun dan diberikan pahala 80 tahun ibadah.
Allahumma Solli ‘Alaa Muhammadinin Nabiyyil Ummiyyi wa-’Alaa Aalehi wa-sallim Tasleeyma.[Al-Jami Al-Saghir; Allamah Sakhaawi RA dalam Al-Qawl al-Badee’; Imaam Daraqutni RA and Al Muassah al-Rayyan]
Dari Aus bin Aus r.a.katanya, Rasulullah s.a.w bersabda, “Sesungguhnya di antara hari-harimu yang paling utama sekali ialah hari Jumaat, maka perbanyakkanlah membaca selawat padaku pada hari itu, sebab sesungguhnya bacaan selawatmu itu ditunjukkan kepadaku. Para sahabat berkata: Ya Rasulullah, bagaimanakah selawat kita semua itu dapat ditunjukkan kepada Tuan, sedangkan Tuan sudah hancur tubuhnya? Nabi s.a.w bersabda: Sesungguhnya Allah mengharamkan pada tanah untuk makan tubuh sekelian Nabi. (Riwayat Abu Dawud dengan isnad sahih.)
Nabi Muhammad s.a.w. bersabda, “Perbanyakkanlah membaca selawat padaku pada malam dan hari Jumaat, sesiapa yang membaca selawat untukku satu kali, Allah akan berselawat kepadanya 10 kali (Allah akan memberinya rahmat 10 kali) “. (Riwayat Al Baihaqi)

Sumber: Islamik.Info, http://www.limaumanis.com/agama/diamalkan-setiap-hari-jumaat-allah-ampunkan-dosa-sebanyak-80-tahun/


Tuesday, August 1, 2017

Cara Menyelamatkan Diri dari Dajjal di Akhir Zaman.. KONGSIKAN kepada Emak dan Kakak kita kerana PEREMPUAN paling BANYAK menjadi PENGIKUT DAJJAL!!


Telah dijelaskan sebelum ini menjelangnya kemunculan Dajjal, kaum muslim mempunyai kekuatan yang besar dan terlibat dalam peperangan dan berjaya. Dajjal muncu untuk menghancurkan kekuatan Islam yang telah berjaya mengalahkan negara terkuat pada masa itu, yakni bangsa Rom. Kaum muslim juga berjaya merebut kembali Konstantinopel.
Pada saat itu, syaitan berteriak bahawa dia telah menjamin (harta) anak keturunan kaum muslim, sehingga mereka meninggalkan harta ganimah dan kembali ke kampung halaman mereka. Kemudian Dajjal muncul, maka kaum muslim tidak meletakkan senjata mereka. Ketika Nabi Isa turun, dia melihat kaum muslim “bersiap sedia untuk berperang dan merapatkan barisan.” Tidak ragu lagi, pada ketika itu, setiap muslim bergabung dengan kekuatan Islam yang memikul bendera jihad fisabilillah dan berpegang teguh di atas kebenaran walaupun apa jua ujian yang menimpa. Inilah yang diwasiatkan oleh Rasulullah SAW yang menceritakan kemunculan Dajjal, “Dajjal keluar di daerah antara Syam dan Iraq. Kemudian dia membuat kerosakan di sebelah kanan dan kirinya. Wahai hamba Allah! Kuatkan iman kalian!” (HR. Muslim 2937 dan Ibn Majah 4075).
Setiap muslim tidak dibenarkan mendatangi Dajjal, walau pun dia percaya pada dirinya sendiri. Sebab, Dajjal mempunyai tipu daya yang boleh menggoncangkan iman. Dalam hadis Abi Dawud diriwayatkan dengan sanad sahih daripada Imran ibn Husain bahawa Rasulullah SAW bersabda, “Siapa mendengar ada Dajjal, hendaklah dia menjauhi dirinya. Demi Allah, seorang lelaki mendatanginya dengan rasa percaya diri sebagai seorang mukmin, namun akhirnya dia mengikuti Dajjal, kerana tipu daya yang dilakukannya. ”
Orang yang tidak mampu melawannya boleh lari. Inilah yang dilakukan oleh kebanyakan orang pada masa itu. Dalam Shahih Muslim diriwayatkan bahawa Ummu Syarik berkata, “Aku mendengar Nabi SAW bersabda, ‘Orang-orang akan lari ke gunung kerana (takut) Dajjal’.”
Bila seorang mukmin terpaksa menghadapinya, dia harus melawan dengan kebenaran dan hujjah (argumentasi yang kuat). Dalam hadis disebutkan, “Bila dia (Dajjal) muncul dan aku bersama kalian, aku akan berdebat dengannya. Bila dia muncul ketika aku tidak bersama kalian, seseorang akan berdebat dengannya, dan Allah menjadi penggantiku atas setiap muslim. ”
Rasulullah SAW memberikan pengetahuan tentang Dajjal. Dajjal mempunyai fizikal yang boleh melihat, makan, minum, sedangkan Allah tidak dapat dilihat di dunia, suci dari makan dan minum. Dajjal mempunyai cacat di matanya. Dalam hadis dinyatakan, “Dia adalah pemuda berambut keriting pendek, matanya menonjol seolah-olah dia mirip dengan Abdul ‘Uzza ibn Quthn.
Oleh itu, tuntutan orang yang demikian sebagai Tuhan merupakan dusta dan bohong. Rasulullah SAW memerintahkan orang yang bertemu dengannya agar membaca surah al-Kahfi. Sabda Rasul SAW, “Siapa yang menemuinya, hendaklah dia membaca surat al-Kahfi.”
Dalam hadis Abu Umamah dinyatakan, “Sesungguhnya di antara fitnahnya, dia (Dajjal) mempunyai syurga dan neraka. Nerakanya adalah syurga, surganya adalah neraka. Siapa diuji dengan nerakanya, hendaklah ia mohon pertolongan kepada Allah dan membaca awal surat al-Kahfi…”
Dalam hadis sahih disebutkan, “Orang yang hafal sepuluh ayat dari surat al-Kahfi akan terjaga dari fitnah Dajjal.”
Menurut sebahagian hadith, diterangkan bahawa yang dimaksudkan adalah surah awal al-Kahfi dan menurut sebahagian lagi adalah akhir surat al-Kahfi.
Kenapa membaca awal dan akhir surat al-Kahfi boleh melindungi kita dari Dajjal? Sebahagian ulama menjawab: Itu kerana Allah memberitahu di awal surah ini bahawa Allah melindungi para pemuda al-Kahfi dari penguasa zalim yang hendak membinasakan mereka. Jadi, Allah menyambung bahawa keadaan orang yang membaca ayat-ayat ini sama seperti keadaan para pemuda itu, yakni diselamatkan dari Allah.
Ada lagi pendapat yang menyatakan bahawa itu kerana di awal surah al-Kahfi ada keajaiban-keajaiban dan tanda-tanda yang meneguhkan hati orang yang membacanya, sehingga dia tidak terkena fitnah Dajjal, serta tidak merasa aneh, tidak tertipu dan tidak terpengaruh dengan apa yang di bawa Dajjal.
Di antara perkara yang dapat melindungi kaum muslim dari Dajjal adalah berlindung ke Mekah atau Madinah, kerana Dajjal tidak boleh masuk ke dalam bandar tersebut.
Rasulullah SAW telah menyebutkan kepada kita bagaimana orang lelaki yang soleh menghadapi Dajjal dengan kebenaran dan dia bersikap dan berkata tegas kepada Dajjal, sebagaimana dijelaskan dalam hadis di atas.
Hal lain yang dapat menyelamatkan diri dari Dajjal adalah berlindung kepada Allah dari fitnah Dajjal. Hadis-hadis nabi memerintahkan seorang muslim untuk berlindung kepada Allah dari fitnah Dajjal. Dalam Sahih al-Bukhari diriwayatkan bahawa Aisyah berkata, “Aku mendengar Rasulullah berlindung dalam solatnya dari fitnah Dajjal.”
Rasulullah SAW selalu bertaawuz dari fitnah Dajjal setelah tasyahud. Beliau berdoa: “Ya Allah, sesungguhnya kami berlindung kepadaMu dari azab jahannam, azab kubur, fitnah hidup dan mati, serta fitnah Almasih Dajjal.”
*Diterjemahkan oleh Detik Islam dari sumber islampos | Ensiklopedia Kiamat / Karya: Dr Umar Sulayman al-Asykar / Penerbit: Serambi
Sumber : Ohmyviralterkini, http://citehavoc.com/cara-menyelamatkan-diri-dari-dajjal-di-akhir-zaman-kongsikan-kepada-emak-dan-kakak-kita-kerana-perempuan-paling-banyak-menjadi-pengikut-dajjal/




Monday, July 31, 2017

Ada Makcik Minta Tolong Isi Borang Di Bank. Lepas Dah Isi Tiba2 Makcik Tu PATAH BALIK Dan….



Sebelum kami paparkan apa yang sebenarnya terjadi di bank tu elok lah kita tahu bahawa amalan istighfar boleh menyelesaikan 1001 masalah kita dalam dunia insyaAllah. Allah suka akan hamba yang selalu bertaubat dan merasa kesal dengan dosa-dosanya. Ikuti kisah seorang wanita yang alami keajaiban selepas mengamalkan istighfar.


Bismillahirahmanirahim dan assalamualaikum, tujuan saya menulis ini untuk berkongsi bertapa nikmatnya “istighfar”. Semoga dengan kisah yang saya ceritakan nanti akan membuatkan saya, awak dan mereka berasa teruja untuk sentiasa beristighfar. Nama saya Umie (bukan nama sebenar), dan sudah bekerja.


Ok berbalik kepada cerita, pagi-pagi di tempat kerja saya suka buka youtube dan pasang bacaan ayat seribu dinar. Yea la kan, ayat seribu dinar ni ayat pembuka rezeki. Buka bacaan ayat seribu dinar dan mulut lantunkan kalamullah itu dengan harapan semoga hari saya dilimpahkan rezeki olehNya.


Satu hari, selepas pasang ayat seribu dinar, youtube auto play terus keluar ceramah keajaiban istighfar dan menambah rezeki oleh ustaz Halim Hassan. Dalam ceramah tersebut ustaz ada sebut Allah sangat suka akan orang yang beristighfar dan bertaubat. Sukanya Allah kpd hambaNya yang beristighfar sampaikan di akhirat kelak Allah akan ampunkan dosa mereka dan di dunia Allah luaskan rezeki mereka. Allah ada cerita tentang kelebihan istighfar dan taubat dalam surah Nuh ayat ke 10-12:


“Sehingga aku berkata (kepada mereka): Pohonkanlah ampun kepada Tuhan kamu, sesungguhnya adalah Ia Maha Pengampun.” (ayat 10)


“Sekiranya kamu berbuat demikian, Ia akan menghantarkan hujan lebat mencurah-curah kepada kamu” (ayat 11)


“Dan Ia akan memberi kepada kamu dengan banyaknya harta kekayaan serta anak-pinak, dan ia akan mengadakan bagi kamu kebun-kebun tanaman serta mengadakan bagi kamu sungai-sungai yang mengalir didalamnya” (ayat 12)


Dalam ceramah tersebut, ustaz juga ada terangkan yang Iman Ibnu Katsir pernah berkata sekiranya manusia menjadikan istighfar dan taubat itu sebagai amalan hidup mereka, maka mereka akan mendapati dari pihak Allah, Allah akan menjaga urusan kehidupan mereka. Allah taala akan mudahkan segala urusan hidupnya serta Allah pelihara urusan yang sedang mereka lalui. Di ceritakan sesiapa yang dalam kemiskinan, negeri kemarau, tiada anak yang datang menemui Hassan Al Basri, beliau sentiasa menyuruh supaya mereka beristighfar seperti mana janji Allah dalam surah Nuh.


Yea, saya rasai sendiri nikmatnya apabila kita beristighfar. Bila mulut suka lantunkan “astaghfirullahalazim”, hati terasa tenang. Walaupun kadang-kadang ada masalah, namun alhamdulillah, Allah permudahkan semuanya. Rezeki dari Dia sentiasa ada. Bila keluar makan, ada je yang nak belanja. Hari jumaat lepas, saya buka facebook dan tengok nama saya ada dalam senarai untuk terima duit biasiswa bagi tahun 2015 yang sebelum ni tergendala. Alhamdulillah, rezeki sentiasa melimpah.


Hari ini, pagi-pagi lagi dah ada seorang makcik datang minta tolong isikan borang untuk pengeluaran duit di bank sebelah. Hanya isi nama, jumlah wang dan no ic jea. Tiba-tiba dia datang balik dan hulur kan duit untuk saya. Makcik beria-ria hulurkan duit tersebut walaupun saya menolak. Masa tu juga, ada seorang makcik datang hulurkan makanan, dia cakap nak bagi makanan kat saya. Alhamdulillah rezeki sentiasa ada. Rezeki sentiasa datang dalam keadaan yang tidak dijangka-jangka.


Sesungguhnya istighfar itu menghapuskan dosa dan dipermudahkan rezeki. Jom kita sama-sama beristighfar dan semoga

Allah ampunkan dosa kita semua. Saya doakan semoga Allah ampunkan dosa, permurahkan rezeki dan permudahkan segala urusan awak, mereka dan saya sendiri ameen..


Sumber Umie via IIUM, http://citehavoc.com/ada-makcik-minta-tolong-isi-borang-di-bank-lepas-dah-isi-tiba2-makcik-tu-patah-balik-dan/




Wednesday, July 26, 2017

Imam Popular Dihalau Penduduk Kampung. Apa Jadi Seterusnya Amat MENGEJUTKAN !!!


Seorang imam popular bercerita tentang kisah yang telah dialaminya di suatu tempat yang sangat jauh dari tempatnya mengajar ilmu. Imam Ahmad bin Hanbal ra (murid Imam Syafi’i) dikenal juga sebagai Imam Hanbali. dimasa akhir hidup beliau bercerita, “satu waktu (ketika saya sudah usia tua) saya tidak tau kenapa ingin sekali menuju ke salah satu kota di Irak,”.



Sekadar Gambar Hiasan.
Padahal tidak ada janji sama orang dan tidak ada hajat. Akhirnya Imam Ahmad pergi sendiri menuju ke kota Bashrah. Beliau bercerita “saat tiba disana waktu Isya’, saya ikut shalat berjamaah isya di masjid, hati saya merasa tenang, kemudian saya ingin istirahat”. Begitu selesai shalat dan jamaah bubar, imam Ahmad ingin tidur di masjid, tiba-tiba marbot masjid datang menemui imam Ahmad sambil bertanya “kenapa syaikh, mau ngapain disini?”. (kata “syaikh” bisa dipakai untuk 3 panggilan, bisa untuk orang tua, orang kaya ataupun orang yang berilmu. Panggilan Syaikh dikisah ini panggilan sebagai orang tua, karena imam Ahmad kelihatan sebagai orang tua).
Marbot tidak tau kalau beliau adalah Imam Ahmad. Dan Imam Ahmad pun tidak memperkenalkan siapa dirinya. Di Irak, semua orang kenal siapa imam Ahmad, seorang ulama besar dan ahli hadis, sejuta hadis dihafalnya, sangat shalih dan zuhud. Zaman itu tidak ada foto sehingga orang tidak tahu wajahnya, cuma namanya sudah terkenal. Kata imam Ahmad “saya ingin istirahat, saya musafir”. Kata marbot, “tidak boleh, tidak boleh tidur di masjid. Imam Ahmad melanjutkan bercerita “saya didorong-dorong oleh orang itu disuruh keluar dari masjid, Setelah keluar masjid, maka dikuncilah pintu masjid.
Lalu saya ingin tidur di teras masjid.” Ketika sudah berbaring di teras masjid marbotnya datang lagi, marah-marah kepada Imam Ahmad. “Mau ngapain lagi syaikh?” Kata marbot. “Mau tidur, saya musafir” kata imam Ahmad. Lalu marbot berkata, “di dalam masjid tidak boleh, di teras masjid juga tidak boleh”. Imam Ahmad diusir. Imam Ahmad bercerita ” saya didorong-dorong sampai jalanan”. Di samping masjid ada penjual roti (rumah kecil sekaligus untuk membuat dan menjual roti). Penjual roti ini sedang membuat adonan, sambil melihat kejadian imam Ahmad didorong-dorong oleh marbot tadi. Saat imam Ahmad sampai di jalanan, penjual roti itu memanggil dari jauh “mari syaikh, anda boleh nginap di tempat saya, saya punya tempat, meskipun kecil”.
Kata imam Ahmad “baik”. Imam Ahmad masuk ke rumahnya, duduk dibelakang penjual roti yang sedang membuat roti (dengan tidak memperkenalkan siapa dirinya, hanya bilang sebagai musafir). Penjual roti ini punya perilaku tersendiri, kalau imam Ahmad ngajak ngomong, dijawabnya. Kalau tidak, dia terus membuat adonan roti sambil melafalkan istighfar, Astaghfirullah. Saat meletakkan garam astaghfirullah, memecahkan telur astaghfirullah, mencampur gandum astaghfirullah. Selalu mengucap istighfar.
Imam Ahmad memperhatikan terus. Lalu imam Ahmad bertanya “sudah berapa lama kamu lakukan ini?”. Orang itu menjawab “sudah lama sekali syaikh, saya menjual roti sudah 30 tahun, jadi semenjak itu saya lakukan”. Imam Ahmad bertanya : “apa hasil dari perbuatanmu ini?”, orang itu menjawab “(lantaran wasilah istighfar) tidak ada hajat yang saya minta , kecuali pasti dikabulkan Allah. semua yang saya minta ya Allah…., langsung diterima”. (memang Nabi saw pernah bersabda :”siapa yang menjaga istighfar, maka Allah akan menjadikan jalan keluar baginya dari semua masalah dan Allah akan berikan rizki dari jalan yang tidak disangka-sangkanya). Lalu orang itu melanjutkan “semua dikabulkan Allah kecuali satu, masih satu yang belum Allah kabulkan”.
Imam Ahmad penasaran kemudian bertanya “apa itu?”. Kata orang itu “saya minta kepada Allah supaya dipertemukan dengan imam Ahmad”. seketika itu juga imam Ahmad bertakbir, “Allahuakbar, Allah telah mendatangkan saya jauh dari Bagdad pergi ke Bashrah dan bahkan sampai didorong-dorong oleh marbot masjid itu sampai ke jalanan karena amalan ISTIGHFAR dirimu”..(penjual roti terperanjat, memuji Allah, ternyata yang di depannya adalah Imam Ahmad).
Sumber : Umdah via cerpenvirall, http://citehavoc.com/imam-popular-dihalau-penduduk-kampung-apa-jadi-seterusnya-amat-mengejutkan/